Monday, 28 March 2016

JJCM: Roti Canai D' Bukit, Bangi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Yeay, rancangan JJCM lagiii..

Semalam family Nashwa sarapan di Restoran Roti Canai D' Bukit. Yamin sorang je tak ikut. Haihh... waktu pergi Austin Steak House hari tu pun dia tak ikut jugakk.

Kenapa 'bukit'? Sebab restoran ni letak dekat tempat yang tinggi sikit. Restoran ni tepi jalan je.

Ni kali ketiga makan kat sini.

Dalam pukul 8.40 pagi dah sampai sana. Restoran ni dicat warna hijau muda.

Luar restoran...


Ada khemah-khemah jual makanan/buku/surat khabar semua.


Suasana dalam restoran (video)

Sampai-sampai je terus ambil tempat and ambil order. Ramai jugak orang. Alhamdulillah dapatlah tempat duduk. Sebelum ni pergi, nak cari tempat susah gila. Kena tunggu orang sudah sambil berdiri tepi meja dia.

Sementara order sampai, of course lah ambil gambar dulu kann hehe.


Yeayy order dah sampai!

Apa yang kami order ye??

Roti canai 2
Roti telur bawang 2
Nasi lemak biasa 1
Kari kambing sepiring
Kari biasa 4 piring
Teh tarik 2
Teh o sejuk 1
Roti canai bungkus 2 (untuk Yamin)
Teh o ais limau bungkus (untuk Yamin)

Order semua dah sampai, jomlah kita makan yerr.
Roti canai dia sedap! Lembut! Orang kata, roti canai buatan orang Melayu ni memang lembut. Bila makan dengan kari kambing dia, perghh sedap giloss!! Kari paling sedap kari kambinglah enn..

Abang Ibu kena suapkan pulakk.

Kalau nak tambah kuah, PERCUMA!

Total semua RM20.90. 

OK, tamatlah rancangan JJCM kita hari ni...
Assalamualaikum! 

Doakan Nashwa cepat sembuh ye :')  Hari ni Nashwa tak datang sekolah sebab muntah-muntah sebab makan kari kot huhu. Esok tak pastilah datang sekolah ke tak....

Saturday, 26 March 2016

Life in the hospital (Part 1)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Dah lama Nashwa nak tulis post pasal pengalaman Nashwa kat hospital tapi tak berkesempatan lah pulak. Ok, sekarang baru dapat. Nashwa bahagikan kepada dua bahagian, part 1 dengan part 2. Part 1 untuk operation stage pertama, dari tarikh 30 Oktober sampai 11 November 2015 (13 hari). Part 2 pulak untuk operation stage kedua, dari tarikh 14 November sampai 26 November 2015 (13 hari jugak). So jumlah hari Nashwa duduk hospital 26 hari, nak dekat sebulan jugak tu. Tak nak bebel pepanjang, jomlah baca ^^. Post ni memang panjanggg. Sesiapa yang tak suka baca novel tu memang tak tahan lah kot nak baca? Eh...

30 Oktober 2015 (Jumaat)

Dah sampai hospital pagi tu terus daftar masuk wad and masuk wad 7, wad kelas pertama. Nashwa masuk bilik yang kena kongsi 4 orang, Bilik 13. Sepatutnya Nashwa layak bilik yang untuk sorang je tapi dah penuhlah pulak. Mula-mula dapat katil 13A tapi mak cik yang sakit kat katil 13D rasanya, dia suggest ambil katil 13B sebab lebih luas. So, Ibu pun mintak tukar. Haah, memang lebih luas, ada tempat untuk solat lebih selesa. Ibu dengan Abah pun turun pergi kantin, Nashwa pulak duduk atas kerusi tepi katil. Sambil tu adalah berbual dengan mak cik pesakit katil kat depan.

Namanya Mak Cik Saadiah, adik dia pulak nama Mak Cik Sabariah. Oh rupanya Mak Cik Sabariah yang selama ni jaga Mak Cik Saadiah kat hospital. Mak Cik Saadiah ada kanser tulang :( Kaki kena potong sampai lutut. kesiannya...

Pesakit yang duduk tepi Mak Cik Saadiah pulak aunty India. Dia masuk hospital sebab jatuh. Cerita die camni. Kaki dia kena pasang besi, satu hari tu dia jatuh so besi tu pun tercucuk keluar kat kaki so masuklah hospital...

Ibu dengan Abah dah sarapan kat kantin, tapi Nashwa belum. Ibu belikan hot sizzling bungkus dalam bekas polistrin and tu antara hot sizzling paling sedap pernah aku makan!! Haishh rasa nak makan lagi hot sizzling kat kantin hospital tu hehe.

Lepas tu, ada nurse bagi pakaian hospital warna hijau. Ibu pun bukakan rantai emas yang Nashwa pakai sebab nak buat x-ray. Lepas tu pergi bilik x-ray. Dah balik tu makan tengah hari pulak, nasi putih je. Sambil makan tu, Suami aunty India bagi rasa sirih, buah pala, bunga cengkih (ha macam-macam lah!) kat Ibu. Katanya untuk kesihatan and untuk bagi suara sedap. Hmm, pelik gak.

Ambil blood pressure (BP) lebih kurang pukul 5.00 pagi, 9.00 pagi, 3.00 petang and 10.00 malam. Pergghh banyak kali kott ambik, kadang tu rimas asyik kena kacau je hahah. Ok Nashwa ingat lagi, waktu makan malam hari tu makan nasi, masak lemak ikan tapi Nashwa tak makan pun! Abangah yang makan. Nashwa makan nasi goreng Cina, Ibu pulak nasi goreng udang, beli kan kantin, pergi kantin dalam 6.00 petang lebih untuk beli makan malam.

31 Oktober 2015 (Sabtu)

Dalam pukul 5.00 pagi ada pulak nurse gerak-gerakkan Nashwa and Nashwa tertolak tangan nurse tu sebab waktu tu mamai lagi, orang tidur, manalah tau kena ambil BP awal pagi camtu. Cakaplah sorry kat nurse tu. Hehe.
Dalam pukul 7.00 pagi lebih mesti dah siap mandi semua sebab akan ada nurse2 nak kemas katil,-tukar cadar, tukar sarung bantal, ikat langsir semua. Memang rutin setiap hari.
Sarapan pukul 7.30 pagi, sarapan bubur lambuk.

Lepas sarapan, Doktor Nashwa, Dr. Dzul datang nak cakap pasal operation. Sebenarnya Nashwa buat sekali je operation tapi disebabkan tulang bahagian atas kanan belakang terlalu nampak bonggol so tukar plan, buat 2 stage operation.

Lepas Nashwa makan tengah hari spiral makaroni, pergi kantin, beli jagung and nasi berlauk untuk Ibu. Bila balik wad semula tengok kena pindah Bilik 12 sebab Bilik 13 nak buat wiring, sementara je. Nashwa duduk katil 12D. Petang tu Nashwa rasa macam nak demam! Doktor bius kata tak boleh demam-demam nanti operation boleh ditangguhkan and boleh menyusahkan orang je huhu. So panggil nurse, check sama ada demam ke tak, tapi TAK.

Dekat bilik 12, berkenalan dengan lagi sorang pesakit. Dia ni tukang jahit. Dia tercucuk jarum jahit lepas tu dia tarik perlahan-lahan keluar. Dalam betul dia tercucuk jarum tu, tinggal sikit je yang kat luar. Bila dah keluarkan ingatkan takde pape. Lepas beberapa hari rasa sakit, rupa-rupanya ada nanah kat dalam, dah teruk sangat. Kesian sangat kat mak cik tu hmm... Oh, namanya Mak Cik Khadijah.

Dalam pukul 3.00 petang lebih balik Bilik 13 semula.
Petang tu Nashwa ada pelawat. Wahh tak sangka! Acik Fadhilah, Mak Su Ramlah and Mak Long Rosenah datang. Mak Su bagi jajan2 and tablet susu kambing. Acik Fadhilah bawa air kotak mangga and biskut Oreo. And paling best Mak Long Rosenah bagi duit RM50. Alhamdulillah, rezeki Nashwa... Thank youu 
Waktu Mak Long Rosenah datang, doktor bius, Dr. Zulhairi pun datang, terangkan pasal risiko bius and risiko pembedahan. Antaranya, pendarahan banyak sebab tempoh pembedahan lama, jangkitan kuman, tekanan darah jatuh and kematian... (aishh, ngeri!)

Waktu makan malam, makan nasi putih + ikan bakar cicah air asam. Waktu malam Nashwa rasa macam nak demam, tak tahulah kenapa.. So waktu nurse check BP, suruhlah check sekali demam ke tak, tapi TAK sebab suhu 36°C. Suhu normal kan 37°C kann.

1 November 2015 (Ahad)

Pukul 6.30 pagi, waktu tengah tidur boleh pulak kena kacau. Ada nurse nak ambil darah. Ambil darah kat dua tempat, kat lengan.
Sarapan pagi makan cereal+susu. Ibu buatkan kopi tapi pahit, so Nashwa tak minum...
Lepas sarapan, doktor Cina perempuan, Dr. Sheena datang tanya okey ke tak. OK.

Makan tengah hari makan grilled chicken. Waktu solat Zuhur, rasa macam nak demam LAGI, bila check tak ponn sebab suhu badan Nashwa 36°C. Haishh, tak tahulah kenapa asyik rasa nak demam je.
Dalam pukul 5.00 petang Pak Andak Kadir and anak dia, Talhah datang melawat. Pak Andak bagi RM20! Alhamdulillah... rezeki  :).

Lepas solat Maghrib, ada nurse datang nak pasang jarum untuk drip air and masuk darah semua. PERGHHHHH.... SAKIT GILAA! (YES, SERIOUSLY SAKIT!!). Sampai menangis tahu tak?? Guna banyak gila tisu huhu.

Malam tu, ada sorang nurse datang cakap kena mula puasa 2.00 pagi. Dalam pukul 1.30 pagi ada bunyikan alarm sebab nak minum and makan buat kali terakhir...

2 November 2015 (Isnin)

Nilah saat yang paling mendebarkan..
Bangun pagi, terus mandi and pakai baju bedah. Dalam pukul 7.15 pagi kena tolak ke bilik pembedahan kat tingkat 3. Sambil kena tolak tu, Nashwa bacalah macam-macam, berselawat, baca ayat kursi, baca al-Fatihah, zikir semualah! Nashwa first patient so pembedahan buat pagi.
Masuk bilik bedah dalam pukul 8.00 pagi lebih. Pergghh sejuk gila dalam bilik bedah tu. Sebelum Nashwa kena bius sempat tengok jam, pukul 9.20 pagi. So start bedah lebih kurang 9 pagi lebih. "Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati..."

Okay, Ibu cerita, Nashwa habis kena bedah pukul 1.30 petang pastu kena tempatkan kat Post Anastasia Care Unit (PACU) [sebutan- paku].
2.40 petang baru doktor bagi Ibu tengok Nashwa. Alhamdulillah... dah selamat jalani pembedahan. Lega Ibu. Cuma bacaan jantung tak elok. Nashwa kena letak di bawah pemantauan 18 jam kat PACU.

4.30-7.00 petang kan waktu melawat. So Abah pulak datang. Lepas tu nenek and Ibu.
Sebenarnya Nashwa tak datang sedar lagi waktu Ibu lawat 1.30 petang tu. Nashwa cuma sedar waktu Nenek lawat. Waktu tu dah sedar tu ngantuk gila! Masih mamai2 lagi. So tak dapat nak tangkap apa yang nenek cakap. Nashwa sempat senyum je kot kat nenek :) hee..
Then, sebelum Ibu lawat Nashwa pukul 1.30 petang tu, Nashwa ada tersedar sekejap, rasa macam tak percaya dah kena bedah! Rasa macam sekejaaap je tau. Waktu sedar tu rasa ada something kat belakang.

Sepanjang kat PACU, sejuk gilaa... Pakai selimut panas. Bibir kering and rasa haus je. Nashwa banyak kali mintak air kat nurse yang jaga Nashwa. Ada dua orang nurse. Setiap 6 jam tukar dua orang nurse lain pulak.

3 November 2015 (Selasa)

Nashwa balik wad semula pukul 9.00 pagi lebih. Balik je wad nurse tukarkan baju sebab Nashwa tak boleh banyak gerak. Bangun/duduk masih tak boleh. Ibu bagi Nashwa minum and makan bubur.
Pukul berapa ntah, Dr Faisal datang tanya pasal pernafasan. Nashwa waktu tu pakai alat untuk bantu bernafas tu yang tutup hidung and mulut tu. Susah kott nak bernafas kalau tak pakai benda alah tu huhu. Waktu tu rasa ketat kat bahagian dada. Doktor kata sebab paru-paru Nashwa tak kembang.

Then, dalam pukul berapa ntah (petang), Encik Jaafar (ahli fisioterapi) datang. Dia bagi benda yang ada 3 bola kat dalam Benda tu untuk kembangkan paru-paru. Dia pun ajar cara guna benda tu. Kena sedut bola yang ada kat dalam. Bila dah dapat naikkan tiga-tiga bola maknanya berjayalah. Waktu Encik Jaafar ajar, Nashwa dapat naikkan separuh bola je. Susah kott! huhu....

4 November 2015 (Rabu)

Okay, ni ikut masa yerr.. Malas nak tulis panjang-panjang.

8.30 pagi: Nurse tukar tiub salur dari dada (dekat dengan paru-paru). And tukar sekali drip air.

9.10 pagi: Dr. Sheena datang bukak tiub gas oksigen (alat untuk bantu bernafas) sebab Nashwa dah boleh bernafas sendiri.

9.20 pagi: Dr. Dzul datang, cakap apa ntah... hahah tak ingat pulok.

9.40 pagi: Check BP.

10.00 pagi: Buka beg air kencing.

10.40 pagi: First time kencing guna mangkuk kencing. Kencing kat katil sebab Nashwa tak boleh jalan nak pergi bilik air lagi.

11.00 pagi: Buka tiub morfin, ubat tahan sakit.

Pukul berapa ntah (petang): Mak Teh Enah datang melawat and bagi RM20. Alhamdulillah... rezeki 
Lepas tu Mak Long Rosenah and suami, Pak Long Ismail datang melawat.
Then, nurse check jantung Nashwa-ECG. Alhamdulillah bacaan OK.

Pukul berapa ntah (petang jugak): Pak Busu datang melawat bawa air kotak Milo and buah epal.
Lepas tu Abah datang bawa buah delima so makanlah buah delima. Sedap gila.

Malam: Kena masuk darah 1 beg sebab Nashwa kurang darah bila nurse check BP hari tu.

5 November 2015 (Khamis)

8.30 pagi: Dr. Sheena datang! Dr. Sheena marah-marah sebab Nashwa dapat naikkan 1 bola je huhu. Sedihh kot kena marah dengan doktor! Lepas Dr. Sheena pergi, Dr. Faisal bagi semangat kat Nashwa supaya dapat naikkan ketiga-tiga bola. Thank you doktor...
Lepas tu, Encik Jaafar datang ajar Nashwa untuk duduk tepi katil.

9.30 malam: ALHAMDULILLAH... Nashwa first time dapat naikkan tiga-tiga bola lepas dah berlatih sepanjang hari. Practice makes perfect!

6 November 2015 (Jumaat)

7.45 pagi: Pagi tu, ramai gila doktor datang, ada Dr Dzul, Dr. Sheena, Dr. Fatihah, Dr. Faisal and lagi 2 orang tak tahu nama doktor apa. Semua nak tengok Nashwa sedut bola. Lepas tu Dr. Dzul check jantung and paru-paru Nashwa guna stetoskop.

Pukul berapa ntah (pagi): Encik Jaafar datang and ajar duduk atas kerusi. Woo... first time jalan pergi kat kerusi!

5.05-5.25 petang: Dr. Hadi and Dr. Faisal buat dressing kat luka pembedahan. Basmi kuman guna kapas. Then cucuk ubat bius. Perghh sakitt.. And I'm cried! Lepas tu doktor jahit luka kat rusuk belakang guna benang hitam.

7 November 2015 (Sabtu)

Dah bosan sangat duduk hospital, Nashwa dengan Ibu pakai inai. Anak Mak Cik Saadiah yang baru balik dari mana ntah (luar negara) yang bagi inai tu. Thank you akak .

Skip hari ye... Sebab tak ingat! Sorry!

11 November 2015 (Rabu)

Hari ni hari jadi Abangah! Abang Nashwa...

Dr. Sheena and Dr. Fatiha datang lepas sarapan. Nak tengok demo Nashwa sedut bola.
Lepas tu Dr. Dzul pulak datang. Buat dressing and spray belakang. Then, Dr. Dzul terangkan pasal special blade (bone scaple ke hape benda ntah namanya). Harga RM200-RM500. Doktor kata kena bayar untuk alatan pembedahan untuk second stage operation nanti.

12.00 tengah hari: Discaj!! Yayy. Boleh balik rumah! Tapi sekejap je... Hari Sabtu kena datang balik untuk second stage operation... Pergi kereta, Nashwa kena tolak dengan kerusi roda sebab masih tak larat nak jalan.
***

Dah habis baca? Jom layan gambar pulak!

Darah berterabur kat lantai lepas cabut tiub kat rusuk belakang...

 My siblings visited me.



Ni lah bolanya... 

 Katilku yang bersepah...

Tiub dari rusuk belakang.

Tablet susu kambing daripada Mak Su Ramlah.

Ibu buat kerja kat hospital waktu malam... 

Buah delima Abah bawak... 

Inai yang dah siap... 

Nashwa duduk katil 13B :) 

Hari apa ntah, dapat tahu kawan Nashwa nama dia Syakirah, masuk surat khabar Berita Harian. Dia pun skoliosis jugak. Alhamdulillah 2012 dia selamat dibedah. 

My beloved Ibu...  


Banyaknya makanan... 

Novel yang Nashwa baca waktu duduk hospital. Dah habis baca dah.. 

Senyum Ibu! KLIK! 

Bosan sangat duduk hospital, dengarlah MP3. 

Jarum yang kena pasang kat lengan. 

Ibu and Abah  

Almari kecik tepi katil... 

Go, go Ibu! 

Erkk, ni beg kencing.. Heheh. 

Nilah morfin, ubat tahan sakit. 

Hari pertama masuk hospital. 

Lepas cabut tiub kat rusuk belakang, cadar katil kotor. 

Berlatih sedut bola. 

Tengah tunggu inai kering... 

Tiub dari rusuk belakang.

Yeah, first time duduk atas kerusi! 

Baru lepas solat atas katil :)) 

Minum petang! Biskut wafer and susu. 

Puasa... 

Proses pakai inai. Ibu buatkan... 

Sorrylah susunan gambar tak teratur. Malaslah nak susun :p.
Dah penat taip panjang-panjang ^

Maka, tamatlah post Life in the hospital (Part 1). YEAH! Penat jugak nak type ni  >_<.

Sesiapa yang sudi baca sampai habis tu, terima kasih banyak-banyak! 

Nak baca Life in the hospital (Part 2) pulak? Okay, stay tuned! ;)

Ok, bye. Assalamualaikum!

The Nashwavengers?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Selamat pagi! Mulakan hari anda dengan semangat yang positif dan pastikan hari ni anda produktif, buat perkara-perkara yang berfaedah je tau! ;)

Semalam, waktu subjek Sivik kena buat presentation pasal keluarga. Nashwa terpaksa masuk group dengan budak laki, dah cikgu suruh sebab dah tak cukup group huhu.

Kitorang dapat tajuk 'peranan Ibu dalam keluarga'. Kalau group dengan lelaki ni, diorang kreatif sikit ahahah. Semua bahasa campur. BM,  BI and tulisan Jawi 😂😂
Buat arrow pun kreatif.


ni dari Instagram Nashwa :D

Dah habis bincang tu, boleh pulak Aiman cadang nak bagi nama group kitorang sempena nama Nashwa ahahah. Danish pun cadang 'The Nashwavengers'💥 Sebelum tu, Aiman cadang Nashwafab la and hape ke benda ntah tak ingat pulok.
Nashwa pun "tak kesah lah..." hahaha tak tahulah kenapa jawab tak kesah...?

Malunya, bila dah tampal kertas mahjong kat depan semua orang nampak nama 'The Nashwavengers'💥 kat bawah sekali,  and semua orang gelak! "Hahaha!"

Diorang bukan nak malukan Nashwa pun. ehh. 

Nashwa cakap pasal melahirkan anak-anak. Tapi Nashwa tak huraikan banyak pasal tu, cakap sikit je sebab takde idea :(. Bila dah duduk balik barulah ada idea nak cakap apa... Aduhh kenapa la idea datang lambat huhu...

Ni pulak dari Facebook Nashwa :D
Ehehe, Cikgu Hafiza (cikgu Sivik) komen! :D letak gambar sekali...

Ahaha, ok tu je
Assalamualaikum! 
TerimaKasihSudiBaca...

Friday, 25 March 2016

Challenge Rindu by Hafiz Zulkafly

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 
Selamat petang semua :)
Sihat tak? Dengan cuaca panas sebab fenomena el nino ni, banyakkan minum air ye, kalau tak nanti demam and sakit pulak. Hehe :D

Sesiapa yang nak join sila klik banner di atas :)


Beberapa hari lepas,  Nashwa ada kena tag oleh blogger Shuha untuk buat challenge rindu ni. So dah kena tag tu terpaksalah buat. Seronok juga ye hehe. 

Apa lagi? Jom tengok reaksi 10 orang yang bertuah ni hehe. Layan gambar~
Antara  orang-orang yang bertuah ni keluarga Nashwa, classmates tahun lepas (sorry korang :p) and kawan kat sekolah rendah.



Asma mana ni ye...

Hehe. Ni kakak Nashwa niii.. Sorry Kaklong! :p

Shh...

Dah lama tak datang sekolah, memang rindu :')


Heheh..

Smiley aje..

Kawan lama :)

Ok, ni blue tick je.

Sapalah agaknya ni...?

Ok tu je.. 10 orang yang bertuah..
Bagus jugak challenge. Dapat berbual dengan kawan-kawan lama hahha.

Ok. Nashwa nak tag blogger:

Kalau tak nak buat pun takpe. Tak paksa :)

Ok tata. Assalamualaikum!