Friday, 24 August 2018

bougainvillea

Assalamualaikum


3 years ago,
i had this view under the bougainvillea tree. after some times, it grew too much until it annoyed my father to park the car. so, my mother cut some of the branch that grew towards the parking side.

today, i sat under the plant again, thinking, will ibu cut again the branches again? yes, she will. tengokk, bunga2 tu dah ada atas kereta dahh hahaha. tibrr. Bm pulak 😂

so beautiful😍


Monday, 20 August 2018

cuti mid sem

Assalamualaikum.

selamat hari raya Haji. hehh Rabu nilah Nashwa..

Dah lama tak tulis kat blog ni eh. Ibu kata "tulislah pasal amali pertanian yang ada setiap Khamis tu.." Nash suruh ibu tengok whatsapp status, tapi ibu takde masa huhu, lagi pun 24 jam, hilangg... betul jugak tu, tulis kat blog,

Semalam tolong Ibu tanam pokok lemon balm (Melissa officinalis) 
selamat bercuti pertengahan semester asasi.

apakah ini. takde idea ;_;

Monday, 30 April 2018

new meaning of bawang

Assalamualaikum!

indahnya ciptaan Tuhan, bawang
Suatu pagi yang indah saya buka Youtube kat phone, tengok subscription ada video baru dari channel Zulin Aziz TV. hahah subscribe channel ni sebab video semua best, suara pun sedapp. video baru tu rasanya tajuk dia makcik bawang. alah, Zulin dah delete video tu atau buat private kot, tak de dah kat channel dia huhu. rupanya lagu 'makcik bawang'. catchy lagu dia, bestttt dengar. pagi-pagi dah buat orang happy haha.banyak kali dengar, hafal dah hahah, satu minit je lagu nya. ingat lah lirik dia sikit, akhir-akhir je:
...
makcik-makcik bawang ajak bersembang,
anaknya bertunang, sekampung dicanang,
"bila kau nak kahwin?" soalan memang win,
jawab penuh yakin; "tunggu laki makcik minang Zulin"
hahah tu je ingat. lirik memula tak ingat, padahal hafal duluu. okay, tulah first time dengar perkataan 'mak cik bawang', Malaysian slang baru. pastu wujud pula maksud bawang yang baru.

pastu buatlah research kat social media hahah. asal wujudnya term mak cik bawang ni sebab mak cik-mak cik yang mungkin tengah kupas bawang or potong bawang sambil tu gosip or mengumpat pasal orang lain, selalunya keburukan oranglah. boleh juga dipanggil keyboard warrior. tulah dulu orang yang suka mengutuk orang ni (kat social media) kena panggil keyboard warrior. sekarang tukar dah jadi makcik bawang, kalau laki, pak cik bawang.

Hari tu, tengok Melodi kat TV3, dalam bulan ni kot? Ibu first time dengar 'mak cik bawang', hos tu cakap. haha ibu pun pelik kenapa mak cik bawang. pastu abah buat joke nanti wujud pula sayur-sayur ada maksud lain macam kentang ke serai dll. hahah kunyit dah wujud dah maksud baru huhu.

Waktu test JPJ motor hari tu, adalah jumpa kawan baru yang buat juga test (kereta). Bersembang dengan dia lepastu ada cikgu-cikgu lelaki ni dalam 4 orang? berkumpul,berdiri depan tempat kami duduk. Kami dengarlah apa diorang cakap. rupanya ada sorang budak lelaki yang gagal test jpj letak kaki kat kerusi ke apa ntah sebab bengang sangat dia fail. adalah cakap buruk-buruk sikit pasal dia tu. Kawan baru saya ni cakap "haih, lelaki pun membawang.." okay, diam jap. nak tafsir maksud dia. ooo kay faham. 'membawang'.

so, bawang dah jadi kata kerja lah ni hahah. then tadi terbaca lah seseorang punya ayat ni, ada perkataan 'kebawangan'. hehe

bawang;
  1. tergolong dalam alam tumbuhan. digunakan dalam masakan. Merupakan umbi pokok yang tertanam dalam tanah. Jenis; bawang merah, bawang putih, bawang besar. [WIKIPEDIA Bahasa Melayu]
  2. kutuk/hina/umpat


ok bye, Assalamualaikum!

janganlah kita menjadi mak cik bawang atau pak cik bawang