Thursday, 24 September 2020

Resepi Kek Coklat Lembap Homemade

Assalamualaikum. kembalii lagi.

    Beberapa hari lepas ada buat kek coklat lembap. Memang sedap sesangat. Kek coklat secara azalinya memang sedap kann. Masuk dalam peti sejuk, tup tup, tengok dah hilang bekasnya, ada makhluk makan ni ceh. sedaplah tuu (Abang-abang makan kot). Jadi semalam, buat lagi. Terasa nak rekod video pula, jadi jangan lupa tengok video sekali.. tak senang juga cut2 edit video. Video asal 21 minit. Dah edit, jadilahh 3 minit. wau

Ibu kata "buruknya kuali & periuk kita, lain kali guna kuali & periuk yang cantik sikit" hahaha. skill letak baking paper atas baking tray pun ke laut huhu. \\\

okey jom ke resepinyaa.

Resepi Kek Coklat Lembap
Bahan-bahan:

A
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak

B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat

C
4 biji telur

topping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair

Cara-cara:
  1. Dalam periuk/kuali dengan api perlahan, masukkan dan gaul bahan A. Sebatikan. Masak sekejap. Tutup api. Ketepikan dulu.
  2. Ayak bahan B bersama. Pukul telur (bahan C).
  3. Masukkan bahan B dan C secara berselang-seli ke dalam campuran bahan A tadi. Gaul dan sebatikan. Sementara tu, didihkan air dalam periuk kukus.
  4. Sediakan loyang dan alas dengan kertas minyak/baking paper.
  5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 40-60 minit.
  7. Topping pula. Menggunakan kaedah double boiler, gaul sebatikan serbuk koko & minyak masak. Masukkan susu pekat manis dan susu cair (susu cair boleh kurangkan mengikut kepekatan citarasa). Gaul gaul gaul. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  8. Kek dah masak, biarkan sejuk/ rasa suam-suam gitu. Masukkan dalam bekas, potong dan tuangkan topping ke atas kek
  9. Boleh hias guna chocolate rice/ cip coklat atau apa-apa.
  10. Siapp. Sedia untuk dimakan. Cepat je habis tu nanti :p

rupa nampak cincai? hei, don't judge. SERIUS SEDAP. suap tak henti-henti.. *** 

simple kan?
Selamat mencuba.

No comments: