Thursday, 10 November 2016

Resepi Vanilla Crunchy Cookies

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!!
Selamat sejahtera.

Ok Nashwa nak share resepi Vanilla crunchy Cookies! hehe. Boleh juga panggil Chocolate chip cookies (biskut coklat cip). sebab macam sama je ekk.



Nashwa ambil resepi ni dari Facebook Puan Azura. kredit untuk beliau.

Sebenarnya kakak Nashwa yang share resepi ni kat facebook. Kaklong kata bolehlah buat untuk raya, jadi biskut raya lah kan. Sebelum raya tu buatlah biskut ni dan hasilnya tersangatlah amat sedap!! hehe (alamak tatabahasa salah! eh biarlah.) So nak share lah kat blog untuk senang baca hehe.

Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g butter/marjerin
100 g gula perang
100 g gula kastor

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
sedikit butter oil (resepi asal ada butter oil tapi saya tak letak sebab tak de... tapi, biskut masih rasa sedap! :))

Bahan C
350 g tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D
250 g coklat cip


Cara-cara:

1. Pukul Bahan A pakai tangan. maksudnya guna senduk ke, bukan pakai hand mixer tauu. hehe

2. Masukkan Bahan B. Kacau/gaul sebati.

3. Masukkan Bahan C dan sebatikan.

4. Masukkan Bahan D. Sebatikan kan. Bolehlah pakai tangan sebab macam doh kan.

5. Masukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam. Balut dengan plastik yang nipis transparent tu ke atau masukkan dalam bekas bertutup tau.

6. Cubit-cubit pakai tangan saiz sedang-sedang je. Jangan besar sangat/kecil sangat.

7. Bakar dalam oven selama 16 minit suhu 160 C.

SIAP!!


Selamat mencuba :) Serius sedap!
Happy baking! :)

1 comment:

Nurulatika Yunus said...

waahh.. simple ja nie.. nti mao cuba d rumahlah pula haha