Thursday, 17 November 2016

Giveaway Miniature Photography by Waza Studio

Assalamualaikum!

KLIK BANNER UNTUK JOIN

INSTAGRAM: @nash19_
Jom join giveaway ni! Bestnya kalau gambar sendiri kena edit hihi. bestt best.

Syarat-syarat penyertaan
1) terbuka kepada semua blogger di Malaysia

2) Mempunyai blog dan instagram

3) follow blog dorayakino.blogspot.com

4) follow instaram waza_studios

5) copy entry dan banner di atas(link kan ke entry INI) dan buat satu entry bertajuk Giveaway Miniature Photography by Waza Studios di blog anda 

6) letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen di entry INI

7) tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

8) harap semua jujur dengan syarat-syarat yang dikehendaki ye :)

#jomsapotwazastudios

Wednesday, 16 November 2016

Makanan tengahari simple tapi sedap!!

Assalamualaikum! haha apa makanan yang simple tapi sedap tu??

tada..!!

Hari ni aku makan ni je untuk tengah hari.. sob sob.. T^T ibu tidak sempat nak masak sebelum pergi kerja..

malas lah nak masak makanan yang susah-susah haha. bukannya ada orang kat rumah, sorang je.
Kalau nak buat maggi erm. tak rasa nak makan pulak plus tak baik untuk kesihatan sangat kan? heee.

Dan ibu masak nasi tapi lauknya tiada..so aku telah buat keputusan nak goreng telur mata kerbau heheh.

selalu kan orang goreng telur nampak cantik je kuning telur tu tak pecah. dia macam tak masak sebab tak terbalikkan telur tu. i dont like that.  rasa tak sedap kalau kuning telur dia tak masak masih cair-cair kan eeee. no no no.

ha tak masak macam ni

kena masak juga kuning telur nya. kalau ibu buat nasi lemak ke kan mesti request kat ibu buat telur untuk yang full masak atas bawah. kalau ibu terlupa, memang aku panaskan kuali goreng balik telur yang tak masak tu dengan penuh bersungguh-sungguh hahah.

ok bye Assalamualaikum! Makan apa hari ni? suka telur yang macam mana? 

Thursday, 10 November 2016

Resepi Vanilla Crunchy Cookies

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!!
Selamat sejahtera.

Ok Nashwa nak share resepi Vanilla crunchy Cookies! hehe. Boleh juga panggil Chocolate chip cookies (biskut coklat cip). sebab macam sama je ekk.



Nashwa ambil resepi ni dari Facebook Puan Azura. kredit untuk beliau.

Sebenarnya kakak Nashwa yang share resepi ni kat facebook. Kaklong kata bolehlah buat untuk raya, jadi biskut raya lah kan. Sebelum raya tu buatlah biskut ni dan hasilnya tersangatlah amat sedap!! hehe (alamak tatabahasa salah! eh biarlah.) So nak share lah kat blog untuk senang baca hehe.

Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g butter/marjerin
100 g gula perang
100 g gula kastor

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
sedikit butter oil (resepi asal ada butter oil tapi saya tak letak sebab tak de... tapi, biskut masih rasa sedap! :))

Bahan C
350 g tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D
250 g coklat cip


Cara-cara:

1. Pukul Bahan A pakai tangan. maksudnya guna senduk ke, bukan pakai hand mixer tauu. hehe

2. Masukkan Bahan B. Kacau/gaul sebati.

3. Masukkan Bahan C dan sebatikan.

4. Masukkan Bahan D. Sebatikan kan. Bolehlah pakai tangan sebab macam doh kan.

5. Masukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam. Balut dengan plastik yang nipis transparent tu ke atau masukkan dalam bekas bertutup tau.

6. Cubit-cubit pakai tangan saiz sedang-sedang je. Jangan besar sangat/kecil sangat.

7. Bakar dalam oven selama 16 minit suhu 160 C.

SIAP!!


Selamat mencuba :) Serius sedap!
Happy baking! :)

Wednesday, 9 November 2016

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Assalamualaikum. Selamat petang :)
Dah lama tak join segmen/giveaway ke kan. Jom join?

klik banner untuk comment url entry :)


Syarat sangat simple dan mudah:

  • Follow Blog Murni Alysa
  • Follow IG @murni.alysa 
  • Copy banner dan post dekat blog korang
  • komen di entry ini dengan link url penyertaan


Senang kan nak join..Bloglist yang terpilih mungkin berada lama dekat blog Murni Alysa kerana Murni adalah seorang yang setia..cewah2!!! Jom kita sama2 eratkan silaturrahim...Segmen ini tamat pada 30 November 2016.

Nashwa join :)

Saturday, 5 November 2016

Merdeka!

Assalamualaikum dunia!

Hello, back again hehe.

Alhamdulillah periksa dah habisss. 3 minggu periksa.
Bila masuk form 4 baru tahu yang periksa 3 minggu."lama gila periksa..."

Semalam last day periksa. PJK, Sivik and Kimia kertas 1.

Tragedi semalam... Aku orang yang paling lambat hantar Kertas jawapan Objektif Kimia 1  T__T. Dah la terlebih masa. Bila dah habis masa baru nak hitamkannnn. Hemm. And that time aku rasa aku paling bodoh ahahah tak tau kenapa. Rasa malu pun ada, rasa tak guna... Cikgu Salmah dah keluar kelas aku masih hitamkan lagi. "kamu kena pandai bajet masa.... kenapa lambat sangat??" huhu. "nanti hantar kat bawah"
"ha, kat mana?" cikgu pun keluar kelas. 
Dah habis hitamkan semua cari cikgu kat luar kelas. Nampak cam cikgu patah balik sebab kesiankan aku kot.. Fuhh... Tak sempat nak cek betul ke tak aku hitamkan huhu. Erghh... Dah hantar tu sorg kawan aku "lambatnya kau."

Tak taulah kenapa... Banyak sangat kiraan. And aku tgk macam ramai lagi tak siap 5 minit sebelum habis masa..

Aku dah dpt pengajaran yg...
Jangan fikirkan pasal org lain. Fokus! 
Okay yg dah lepas tu biarlah lepas. Tapi serious rasa macam diri ni tak guna. Mungkin sebab aku byk sangat fikir apa yg orang lain fikir terhadap aku. faham tak?

Apa pun MERDEKA!
Apa nak buat lepas periksa?

Assalamualaikum!