Wednesday, 29 June 2016

Karangan BM SPM?? @#$/^&*!!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Waktu form 2 cikgu kata satu perenggan buat sampai setengah page. Tak percayalah jugak. Aku degil tak dengar cakap cikgu, still buat tak sampai satu page. Akhirnya karangan aku pendek je.

Waktu form 3 pun sama tapi cikgu BM aku macam tak suruh sangat buat karangan. Hantar pun tak (kelas aku). Relax jelah tahun lepas buat karangan. Walaupun ada PT3. Aku dah lupa camne aku boleh hadapi PT3 tahun lepas. Hilang sudah memori...

Naik form 4 tahun ni, melopong aku what? Karangan 4 setengah page?? Mana nak dapat idea? Camne nak buat ayat panjang-panjang? Camne cikgu tanda ye? Tak penat ke cikgu baca karangan panjang-panjang? Semua tulah yang bermain dalam fikiran aku.

So cerita die aku baru habis buat karangan lepas sekolah tadi tapi 3 page je huhu. Dahla karangan 100 markah! Aku dapat 72 untuk karangan waktu periksa akhir tahun hari tu. Buat 2 setengah page je.




Adik aku (8 tahun) balik je sekolah, and waktu tu aku baru habis buat karangan terus aku tunjuk karangan aku kat dia. Melopong dia tengok karangan 3 page hahah.
Maka aku pun membebel kat dia pasal karangan SPM, kena bersedia dari sekarang. Aku ajar dia juga cara buat karangan panjang hehe. Patutkah?
Dia pun baca karangan aku. tengok, siap tunjuk guna jari lagi hha



Tips buat karangan panjang:
1. aku targetkan 1 perenggan buat sampai setengah page. Ada 6 perenggan (1 pendahuluan, 4 isi, 1 penutup) so bolehlah dapat 3 page.
2. ko cakap je apa kau nak cakap untuk FAHAMKAN orang. kau terangkan dengan detail. sedetail-detailnya. (?)
3. kalau ayat tu majmuk, kau jadikan dia 2/lebih AYAT TUNGGAL. ha barulah panjang.
4. tatabahasa semua kena betul. baca dan semak karangan.



Tips ni lah yang aku buat heheh. Kalau orang lain tak tahulah..
ok Assalamualaikum.

Tuesday, 28 June 2016

Selagi boleh mandi, mandilah nakk

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Mandi.

Mandi pun satu nikmat tauu. Yee, kalau awak dapat mandi, nikmat lah tuu. Hehe.

Dulu Nashwa kena pakai cast atau bengkung lepas operation skoliosis tahun lepas. Kena pakai 3 bulan weii. Dalam masa 3 bulan tu tak dapat mandi. Busukk. Rasa tak selesa pakai benda alah tu. Waktu mula-mula jelah, makin lama dah rasa selesa.

Terseksa kott tak dapat mandi lagi-lagi bila kau berpeluh. huhu. Lagi-lagi waktu tu el-nino dah mula.

Waktu pakai tu berapa kali ntah aku tidur mimpi aku mandi shower la, mandi pantai, kolam ha apa lagi? Mandi sungai tak de rasanya. Mengadu la kat Ibu, Ibu kata sabarr.

Aku 'mandi' camne?? Lap-lap leher, tangan, kaki yang nampak je. Waktu mula-mula pakai tu Ibu tolong lapkan :') sebab tangan kanan aku tak kuat lagi nak pegang benda. sebab operate bahagian rusuk belakang bahagian kanan (first stage).


Walaupun tak mandi, rambut boleh pula syampu. Of course la Ibu buat. Mula-mula waktu belum admit ward, cadangnya nak pergi salon rambut hahah, nak syampu sebab tak kanlah dalam masa 3 bulan tu tak syampu langsung?? Pastu idea bernas dari sapa ntah buat lah kat rumah sendiri. Guna kerusi malas and baringkan mangsa yang nak disyampu tu pastu syampu laa.. Haha sama macam kat salon rambut la kan. Orang baring pastu sorang lagi syampu rambut dia kat sinki tu. heh.

Alhamdulillah bulan Mac hari tu dah buka cast. Badan pun ada banyak daki eee.

Balik je rumah terus mandiii. And YESS nikmatnya dapat mandi HEHE. Bila terfikir balik, bersyukur gilaa dapat mandiii. Alhamdulillah!

Yup, dapat mandi nikmat la tu.
Kalau mak suruh mandi, pergi mandi cepat sebab mak kau nak baju yang kau tengah pakai tu nak basuh, mesin basuh tak penuh lagi ehehh. Ibu aku la tuu hehe.

Ada je orang yang malas nak mandi macam abang aku XD.

Tapi mandi jangan membazir air pulak. Baik tak payah mandi :p

Aku terfikir nak buat post ni waktu aku mandi lepas balik sekolah tadi. Sejukk betul air. Pastu baru aku terfikir 'mandi pun nikmat kan'?

eh, merepek ke?
Ok Assalamualaikum :)

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum warahmatullah hiwbarakatuh.
Hello.

 Haih dah lama tak update belog, takde mood takde idea, MALASS! huhuu

Oh hari ni baru hari pertama puasa. Sempat lagi nak ucap SELAMAT BERPUASA semua! Maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa dan terasa hati dengan penulisan saya dalam belog ini.

Jangan tinggal puasa yerk hehe. Perbanyakkan amal ibadah, sedekah, baca al-Quran dll.
Jaga mulut, jaga mata, jaga semua anggota badan.
Jaga hati, jaga iman, jaga amal
Hmm hari ni dah hari Isnin. Tinggal 6 HARI JE nak start sekolah balik. Kerja sekolah banyak tak siap lagi huhu. Pinjam buku kawan nak salin nota sebab Nashwa banyak tertinggal, tak datang sekolah sebab sakitt.. Tambah-tambah kerja sekolah cikgu bagi. And stresss fikir pasal periksa pertengahan tahun hari tu. Terutamanya Add Math :(((. Dah la banyak tertinggal.

haih entry kosong je.
Assalamualaikum!