Sunday, 24 April 2016

Resepi Kek Cawan Gunung Berapi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Mak aii panjangnya nama. Ok dalam bahasa Inggeris; Volcano Cupcake.

Nashwa buat pagi semalam. Tiba-tiba ada mood nak baking so buatlah cupcake ni. Resepi ni Nashwa ambil dari buku ni; Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul.

Ni resepinya :)

Tak nampak? Oklah Nashwa yang rajin tulis balik oke?


Bahan-bahan:

180 g mentega tanpa garam
170 g coklat masakan gelap
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
3 biji telur
**3 biji kuning telur
1/2 cawan cip coklat

**ok tambahan, kalau tak nak letak yang 3 biji kuning telur pun takpe. Hasilnya sama je. Jimaaat.

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Cairkan mentega bersama coklat masakan gelap.
3. Ayak tepung bersama serbuk koko.
4. Pukul telur, kuning telur dan gula kastor sehingga semua SEBATI
5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan coklat cair. Putar/pukul pada kelajuan rendah.
6. Tuang bancuhan ke dalam bekas muffin. Kemudian tabur cip coklat di atasnya.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 C.
***
Masukkan telur, kuning telur dan gula kastor dalam bekas pemukul.

Pukul sampai SEBATI cukup.

Masukkan campuran tepung dan coklat cair.

Pukul sehingga sebati.

Masukkan dalam bekas muffin.

Inilah hasilnya :)
***
Rating daripada keluarga 

Ibu: 9/10
Abah: 7/10
Benyamin: 6/10
Abang: 9/10
***

Ok bye.
Assalamualaikum! 
Dah baca tu cubalah buat ye ;)
Happy baking!

1 comment:

Umie Yana said...

sedapnya.. bolehlah try lepas ni..hehe