Sunday, 24 April 2016

Resepi Kek Cawan Gunung Berapi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Mak aii panjangnya nama. Ok dalam bahasa Inggeris; Volcano Cupcake.

Nashwa buat pagi semalam. Tiba-tiba ada mood nak baking so buatlah cupcake ni. Resepi ni Nashwa ambil dari buku ni; Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul.

Ni resepinya :)

Tak nampak? Oklah Nashwa yang rajin tulis balik oke?


Bahan-bahan:

180 g mentega tanpa garam
170 g coklat masakan gelap
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
3 biji telur
**3 biji kuning telur
1/2 cawan cip coklat

**ok tambahan, kalau tak nak letak yang 3 biji kuning telur pun takpe. Hasilnya sama je. Jimaaat.

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Cairkan mentega bersama coklat masakan gelap.
3. Ayak tepung bersama serbuk koko.
4. Pukul telur, kuning telur dan gula kastor sehingga semua SEBATI
5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan coklat cair. Putar/pukul pada kelajuan rendah.
6. Tuang bancuhan ke dalam bekas muffin. Kemudian tabur cip coklat di atasnya.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 C.
***
Masukkan telur, kuning telur dan gula kastor dalam bekas pemukul.

Pukul sampai SEBATI cukup.

Masukkan campuran tepung dan coklat cair.

Pukul sehingga sebati.

Masukkan dalam bekas muffin.

Inilah hasilnya :)
***
Rating daripada keluarga 

Ibu: 9/10
Abah: 7/10
Benyamin: 6/10
Abang: 9/10
***

Ok bye.
Assalamualaikum! 
Dah baca tu cubalah buat ye ;)
Happy baking!

Saturday, 16 April 2016

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Okay Nashwa tahu, dah berlambak resepi spaghetti bolognese kat internet. Tapi ni Nashwa punya version lah. Lain orang lain cara masaknya kann??

Spaghetti ni Nashwa buat untuk lunch tadi. Ada lebih so bolehlah buat untuk makan malam ni. Huhu, yang makan 3 orang je, Ibu, Nashwa and Yamin. Abang tak makan. Abah pulak pergi kerja...

Okk, tak nak bebel panjang, jom buat!
***

Bahan-bahan:

Bawang besar setengah biji- cincang
Bawang putih 1 ulas- cincang
Cili merah setengah batang- cincang
Ayam kisar
Lobak 1 batang- potong dadu
Jagung
Cendawan butang 3-4 biji- hiris
Sos spaghetti 1 tin kecil
Spaghetti 1/3 paket
Air untuk rebus spaghetti
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Rebus spaghetti dalam periuk. Masukkan sedikit minyak dan garam.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam kisar dan kacau sehingga masak.
4. Masukkan lobak, jagung, cili merah dan cendawan butang, kacau.
5. Masukkan sos spaghetti, kacau.
6. Kalau perlu, tambahkan air. Masukkan garam secukup rasa.
7. Kacau dan biarkan menggelegak. Siap!
A video posted by Nur Nashwa Alia Khairudin 🍒 (@nash19_) on

Inilah hasilnya :)


Nyumm nyumm...

Cuba, jangan tak cuba! :p

***
Rating daripada keluarga 

Ibu: 8/10
Benyamin: 7/10
***

Ok tata.
Assalamualaikum!
Happy cooking!

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Klik banner untuk join!

Tuesday, 5 April 2016

Contoh Teks Pidato Sejarah Tingkatan 1: Perjalanan hidup Tun Perak


Yang dihormati guru Sejarah 1 Cendekia, Puan Mullei Malar dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikumwarahmatullah hitaala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya, Nur Nashwa Alia binti Khairudin, ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Perjalanan Hidup Tun Perak”.

Senjata menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Sumber:
***

Merangsang deria

  • kita ingat 10% apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kia ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipratikkan

Monday, 4 April 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa'


ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :







Shawl chiffon x 2 pemenang

Segmen : "Jom Tambah Followers!"

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Jomlah blogger-blogger sekalian, join segmen ni!!

Klik banner di atas untuk join


5 tips untuk tambah followers:
  • Rajin blogwalking ke blog lain dan tinggalkan jejak kat Cbox/Shoutbox.
  • Follow blog orang lain, kalau orang tu baik hati dia follow balik :)).
  • Buat entry yang menarik, bermanfaat dan berkualiti.
  • Tinggalkan komen kat post entry blogger lain.
  • Kalau dah tinggalkan komen tu, tinggalkan sekali link blog sendiri, nanti owner tu terjah blog korang.
Tu jelah tips yang Nashwa tahu.

Ok bye,
Assalamualaikum!