Monday, 28 March 2016

JJCM: Roti Canai D' Bukit, Bangi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Yeay, rancangan JJCM lagiii..

Semalam family Nashwa sarapan di Restoran Roti Canai D' Bukit. Yamin sorang je tak ikut. Haihh... waktu pergi Austin Steak House hari tu pun dia tak ikut jugakk.

Kenapa 'bukit'? Sebab restoran ni letak dekat tempat yang tinggi sikit. Restoran ni tepi jalan je.

Ni kali ketiga makan kat sini.

Dalam pukul 8.40 pagi dah sampai sana. Restoran ni dicat warna hijau muda.

Luar restoran...


Ada khemah-khemah jual makanan/buku/surat khabar semua.


Suasana dalam restoran (video)

Sampai-sampai je terus ambil tempat and ambil order. Ramai jugak orang. Alhamdulillah dapatlah tempat duduk. Sebelum ni pergi, nak cari tempat susah gila. Kena tunggu orang sudah sambil berdiri tepi meja dia.

Sementara order sampai, of course lah ambil gambar dulu kann hehe.


Yeayy order dah sampai!

Apa yang kami order ye??

Roti canai 2
Roti telur bawang 2
Nasi lemak biasa 1
Kari kambing sepiring
Kari biasa 4 piring
Teh tarik 2
Teh o sejuk 1
Roti canai bungkus 2 (untuk Yamin)
Teh o ais limau bungkus (untuk Yamin)

Order semua dah sampai, jomlah kita makan yerr.
Roti canai dia sedap! Lembut! Orang kata, roti canai buatan orang Melayu ni memang lembut. Bila makan dengan kari kambing dia, perghh sedap giloss!! Kari paling sedap kari kambinglah enn..

Abang Ibu kena suapkan pulakk.

Kalau nak tambah kuah, PERCUMA!

Total semua RM20.90. 

OK, tamatlah rancangan JJCM kita hari ni...
Assalamualaikum! 

Doakan Nashwa cepat sembuh ye :')  Hari ni Nashwa tak datang sekolah sebab muntah-muntah sebab makan kari kot huhu. Esok tak pastilah datang sekolah ke tak....

3 comments:

Yoo ♡ said...

Sedapnya :D tiba-2 terasa nak makan roti canai XP

Anonymous said...

Bestnya suasana kampung *sobs* Roti canai + kari = craving haha.
Semoga cepat sembuh erk :)

Nur Nashwa Alia Khairudin said...

@Saf. Terima kasih akak doakan Nashwa :))