Wednesday, 23 March 2016

JJCM: Austin Steak House, Bangi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Wah, ada rancangan jalan-jalan cari makan la dalam blog ni! ehehe.

"Eh, Nashwa engkau update entry ni kat makmal komputer sekolah ke?? Sempat lagii"

Hehe, bukan... Sebenarnya Nashwa tak pergi sekolah hari ni hmm... Sebab apa? Ha, baca sampai habis dulu baru tau hehe. Nanti akhir aku tulis cerite die.
***

Ni cerita semalam.
Teringin nak makan westen food... Second time makan kat Austin Steak House. First time tahun lepas, iftar dengan kelas 3 Cendekia. Pergilah tengok gambar-gambar kat Instagram. Cari #iftar3Cen , ha, ada buktinya di situ. Hehe.

Sedap! So nak pergi lagilah. Ajaklah Ibu, Abah, Yamin and Abang. Eh, tapi Yamin tak nak ikut pulak sebab gigi dia sakit. Semoga cepat sembuhlah, dik.

Keluar dalam 8.15 malam. Sampai signboard tu, jem teruk. Lebih kurang 10 minit baru sampai.

Restoran ni berkonsepkan koboi. Lantai dia pun kayu. Ada budak-budak, bila diorang lari-lari sebelah bergegar-gegar lantai.

Jom tengok menu apa yang ada. Ambik kat Facebook dorang je hehe. Semua makanan western and italian. Kalau ada yang nak order goreng-goreng tu pi lah tempat lain ye.
Makanan
Minuman

Lepas dah order tu dia bagi resit camni. Bagus, senang kerja buat camni.

Abah Nashwa and adik, panggil die Abang.

Ibu, Abang and me! (Hide my face 🙈)

Apa kitorang order ye?
Air teh o panas untuk Abah, jus kiwi untuk Ibu, jus tembikai Nashwa and teh o sejuk Abang. Bila sampai air, wahh terlopong! Besar gila gelas die, banyak.
Abang dalam gambar
Makanan pulak: Fish and chip Abah, lamb chop Ibu, chicken golden blue Nashwa and chicken chop Abang. Terliur kann tengok? Hehe.
Fish and chip
Lamb chop
Chicken golden blue (dalam die ada cheese)
Chicken chop
Oklah jom makan. Sedap semua makanan die. Semua Nashwa rasa.
Cuma... Nashwa punya chicken golden blue liat sikit so suruh ibu potongkan hehe. And, cheese die pon sikit aje hmm.. Tapi oklah! Sedap.

Total semua RM59.20. Abah lah bayar, takkan aku pulak bayar. Hehe.
Terima kasih kasih Abah bawa makan luar 
***

Makan-makan-makan. rasa perut penuh. Air die pon banyak gile. Dapat minum tak sampai setengah cawan pon. huhu. Lepas tu rasa loya erkk.. Risiko untuk muntah dah ada huhu.
Nashwa punya tak habis air and makanan. Makanan bungkus sendiri, ibu bawa bekas dari rumah hehe. Air pulak suruh orang tu bungkuskan.

Sepatutnya lepas pergi makan semalam nak pergi uptown(eh, ke downtown??) yang dekat dengan Econsave, Bangi tu. Tapi Nashwa rasa loya and tak selesa, rasa macam nak muntah huhu. Nak beli phone cover Nashwa sebenarnya. So tak jadi, baliklah rumah...

Balik rumah je ada muntah sikit. Sikiiit sangat. Baguslah sikit. Tapi lepas muntah tu sakit perutlah sikit huhu. So sebab tulah Nashwa tak datang sekolah hari ni, takut muntah huhu. Hari ni kena pulihkan balik sakit muntah-muntah ni. Esok sekolah ye!

"Makan sikit, tapi kerap" OKK..

Eh, sorii cerita pasal muntah pulakk. hehe.

Doakan saya cepat sembuh ye :')

Ok tata. Assalamualaikum. 

No comments: