Thursday, 15 December 2016

Miniature photography by Twelve Lab Studios

Assalamualaikum semua!!
Alhamdulillah terima kasih kak Mirza Syazwina sebab bagi peluang kepada saya untuk menang hihi.
semoga akak sentiasa berjaya dan dipermudahkan segala urusan dan bisnes ni. dan dimurahkan rezeki jugaa.

jom tengok gambar. nanti nak post kat IG jugak la.

comelnya van tuu. eh ke kereta? nampak real kan berdiri sebelah van. cantikk

me and my beloved mother

cantik kan gambar2 ni 😍😍😍

Korang nak jugak gambar diedit macam ni? kecik2 comel2 je. miniature photograph namanya.
bolehlah follow Twelve Lab Studios kat Instagram ye! RM5 je untuk satu gambar! murah je tau. wowo. boleh tengok contoh2 gambar kat instagram tu juga ye. cantik2 semua tau.

Assalamualaikum!πŸ˜„

#jomsapottwelvelabstudios

Sunday, 4 December 2016

First time makan nasi ayam Ibu buat

Assalamualaikum!πŸ’•

Wah. banyaknya kan giveaway/segmen bulan disember ni? almaklumlah nak masuk 2017 dah. tinggal 27 hari lagi kan. bloggers yang anjurkan giveaway ni sangat bermurah hati :)
banyak sangat join giveaway, tapi pasal life takde update huhu.
apa pun goodluck kepada semua yang join giveaway2 ni ^__^

oklah. tadi Nashwa dan keluarga makan nasi ayam! rasanya (serious tak ingat), ni first time Ibu buat nasi ayam tahun 2016 ni. tahun lepas ada buat rasanya. jadi sebab itu jarang2 sangat nak makan nasi ayam kat rumah so kita pun tangkaplah gambar nasi ayam yang tersangatlah sedap ni ahahah. eh mestilah sedap ibu dengan Nashwa yang masak ni. masakan ibu adalah yang paling sedap "di dunia". tapi lagi best anak2 bantu masak, kan? ye ke hihi. takut kalau anak2 tolong masak tiba2 tak jadi lak XD

lama juga nak buat nasi ayam ni tau. fuhh. start masak 11.30 pagi. sampai 1.20 petang. haa lamanya. korang masak nasi ayam berapa lama ek? sebenarnya waktu buat tu ada juga buat; blend bawang, cili kering untuk masak time lain kan. senang ada bawang blend & cili blend yang dah siap. tu lah kot sebab lama sangat.



bila dah upload dalam entry ni baru perasaan, laaa kena crop laa. bagi nampak nasi ayam  je. ok malas. so nampaklah mee goreng sarapan pagi tadi hihi.

terliur tak? hehe. malam ni makan nasi ayam lagi sebab tak habis lagi kan. tapi ayam tu ayam gorenglah. yang tengah hari punya ayam yang dibakar. hm mana lagi sedap? ayam goreng vs ayam bakar?

ok berakhir di sini. Assalamualaikum!
terima kasih sudi baca πŸ’•

Thursday, 1 December 2016

Yayy free sample lip ice sheer colour!

Assalamualaikum...

Hari tu. ah beberapa minggu lepas la kot. duk scroll news feed kat facebook. Nashwa terjumpa post Lipice Malaysia cakap pasal dorang nak bagi free sample lipice sheer colour. kena isi borang online. ingatkan ikut nasib ke dorang nak bagi free sample tu. rupa-rupanya semua yg isi borang memang akan dapat free sample yay... ingatkan nashwa tak dapat sebab lama dah isi borang tak de pon kat peti surat hahah.

pastu semalam tak sangka pulak tengok2 banyaknya surat ibu& abah dapat. akhir sekali satu surat tu tulis Nur Nashwa Alia... Wahhh. yayy. pegang2 surat ada something keras panjang. of course lah lip ice tu kan. n tgk alamat pun dari Mentholatum.

Bila dah buka surat tu cam hampa sikit hahah sebab alahai kecikknya lip ice nyeerr. Yelah bayangkan yang panjang dalam gambar tu hihi. tapi bila pikir balik. ooh ni kan free sample je. huhu.

tengok. lip ice sheer colour ni takde warna kan? tapi bila disapu pada bibir akan bertukar menjadi warna pink!
ni first time pakai nih. hihi.

haa pastu tgk2 ada lagi barang dalam surat. wahh dapat voucher hihi. alamak kena guna 1 January sampai 28 Februari je. i mean hm lambat lagi boleh guna. kenapa tak bulan disember?? ok nvm πŸ˜“

oh key tu je . thanks for reading!! πŸ’•πŸ’•

p/s: whoa yay boleh letak emoji sekarang and wah blogger.com pun dah baruπŸ‘…

Thursday, 17 November 2016

Giveaway Miniature Photography by Waza Studio

Assalamualaikum!

KLIK BANNER UNTUK JOIN

INSTAGRAM: @nash19_
Jom join giveaway ni! Bestnya kalau gambar sendiri kena edit hihi. bestt best.

Syarat-syarat penyertaan
1) terbuka kepada semua blogger di Malaysia

2) Mempunyai blog dan instagram

3) follow blog dorayakino.blogspot.com

4) follow instaram waza_studios

5) copy entry dan banner di atas(link kan ke entry INI) dan buat satu entry bertajuk Giveaway Miniature Photography by Waza Studios di blog anda 

6) letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen di entry INI

7) tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

8) harap semua jujur dengan syarat-syarat yang dikehendaki ye :)

#jomsapotwazastudios

Wednesday, 16 November 2016

Makanan tengahari simple tapi sedap!!

Assalamualaikum! haha apa makanan yang simple tapi sedap tu??

tada..!!

Hari ni aku makan ni je untuk tengah hari.. sob sob.. T^T ibu tidak sempat nak masak sebelum pergi kerja..

malas lah nak masak makanan yang susah-susah haha. bukannya ada orang kat rumah, sorang je.
Kalau nak buat maggi erm. tak rasa nak makan pulak plus tak baik untuk kesihatan sangat kan? heee.

Dan ibu masak nasi tapi lauknya tiada..so aku telah buat keputusan nak goreng telur mata kerbau heheh.

selalu kan orang goreng telur nampak cantik je kuning telur tu tak pecah. dia macam tak masak sebab tak terbalikkan telur tu. i dont like that.  rasa tak sedap kalau kuning telur dia tak masak masih cair-cair kan eeee. no no no.

ha tak masak macam ni

kena masak juga kuning telur nya. kalau ibu buat nasi lemak ke kan mesti request kat ibu buat telur untuk yang full masak atas bawah. kalau ibu terlupa, memang aku panaskan kuali goreng balik telur yang tak masak tu dengan penuh bersungguh-sungguh hahah.

ok bye Assalamualaikum! Makan apa hari ni? suka telur yang macam mana? 

Thursday, 10 November 2016

Resepi Vanilla Crunchy Cookies

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!!
Selamat sejahtera.

Ok Nashwa nak share resepi Vanilla crunchy Cookies! hehe. Boleh juga panggil Chocolate chip cookies (biskut coklat cip). sebab macam sama je ekk.



Nashwa ambil resepi ni dari Facebook Puan Azura. kredit untuk beliau.

Sebenarnya kakak Nashwa yang share resepi ni kat facebook. Kaklong kata bolehlah buat untuk raya, jadi biskut raya lah kan. Sebelum raya tu buatlah biskut ni dan hasilnya tersangatlah amat sedap!! hehe (alamak tatabahasa salah! eh biarlah.) So nak share lah kat blog untuk senang baca hehe.

Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan:

Bahan A
250 g butter/marjerin
100 g gula perang
100 g gula kastor

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
sedikit butter oil (resepi asal ada butter oil tapi saya tak letak sebab tak de... tapi, biskut masih rasa sedap! :))

Bahan C
350 g tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan D
250 g coklat cip


Cara-cara:

1. Pukul Bahan A pakai tangan. maksudnya guna senduk ke, bukan pakai hand mixer tauu. hehe

2. Masukkan Bahan B. Kacau/gaul sebati.

3. Masukkan Bahan C dan sebatikan.

4. Masukkan Bahan D. Sebatikan kan. Bolehlah pakai tangan sebab macam doh kan.

5. Masukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam. Balut dengan plastik yang nipis transparent tu ke atau masukkan dalam bekas bertutup tau.

6. Cubit-cubit pakai tangan saiz sedang-sedang je. Jangan besar sangat/kecil sangat.

7. Bakar dalam oven selama 16 minit suhu 160 C.

SIAP!!


Selamat mencuba :) Serius sedap!
Happy baking! :)

Wednesday, 9 November 2016

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Assalamualaikum. Selamat petang :)
Dah lama tak join segmen/giveaway ke kan. Jom join?

klik banner untuk comment url entry :)


Syarat sangat simple dan mudah:

  • Follow Blog Murni Alysa
  • Follow IG @murni.alysa 
  • Copy banner dan post dekat blog korang
  • komen di entry ini dengan link url penyertaan


Senang kan nak join..Bloglist yang terpilih mungkin berada lama dekat blog Murni Alysa kerana Murni adalah seorang yang setia..cewah2!!! Jom kita sama2 eratkan silaturrahim...Segmen ini tamat pada 30 November 2016.

Nashwa join :)

Saturday, 5 November 2016

Merdeka!

Assalamualaikum dunia!

Hello, back again hehe.

Alhamdulillah periksa dah habisss. 3 minggu periksa.
Bila masuk form 4 baru tahu yang periksa 3 minggu."lama gila periksa..."

Semalam last day periksa. PJK, Sivik and Kimia kertas 1.

Tragedi semalam... Aku orang yang paling lambat hantar Kertas jawapan Objektif Kimia 1  T__T. Dah la terlebih masa. Bila dah habis masa baru nak hitamkannnn. Hemm. And that time aku rasa aku paling bodoh ahahah tak tau kenapa. Rasa malu pun ada, rasa tak guna... Cikgu Salmah dah keluar kelas aku masih hitamkan lagi. "kamu kena pandai bajet masa.... kenapa lambat sangat??" huhu. "nanti hantar kat bawah"
"ha, kat mana?" cikgu pun keluar kelas. 
Dah habis hitamkan semua cari cikgu kat luar kelas. Nampak cam cikgu patah balik sebab kesiankan aku kot.. Fuhh... Tak sempat nak cek betul ke tak aku hitamkan huhu. Erghh... Dah hantar tu sorg kawan aku "lambatnya kau."

Tak taulah kenapa... Banyak sangat kiraan. And aku tgk macam ramai lagi tak siap 5 minit sebelum habis masa..

Aku dah dpt pengajaran yg...
Jangan fikirkan pasal org lain. Fokus! 
Okay yg dah lepas tu biarlah lepas. Tapi serious rasa macam diri ni tak guna. Mungkin sebab aku byk sangat fikir apa yg orang lain fikir terhadap aku. faham tak?

Apa pun MERDEKA!
Apa nak buat lepas periksa?

Assalamualaikum! 

Wednesday, 29 June 2016

Karangan BM SPM?? @#$/^&*!!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Waktu form 2 cikgu kata satu perenggan buat sampai setengah page. Tak percayalah jugak. Aku degil tak dengar cakap cikgu, still buat tak sampai satu page. Akhirnya karangan aku pendek je.

Waktu form 3 pun sama tapi cikgu BM aku macam tak suruh sangat buat karangan. Hantar pun tak (kelas aku). Relax jelah tahun lepas buat karangan. Walaupun ada PT3. Aku dah lupa camne aku boleh hadapi PT3 tahun lepas. Hilang sudah memori...

Naik form 4 tahun ni, melopong aku what? Karangan 4 setengah page?? Mana nak dapat idea? Camne nak buat ayat panjang-panjang? Camne cikgu tanda ye? Tak penat ke cikgu baca karangan panjang-panjang? Semua tulah yang bermain dalam fikiran aku.

So cerita die aku baru habis buat karangan lepas sekolah tadi tapi 3 page je huhu. Dahla karangan 100 markah! Aku dapat 72 untuk karangan waktu periksa akhir tahun hari tu. Buat 2 setengah page je.




Adik aku (8 tahun) balik je sekolah, and waktu tu aku baru habis buat karangan terus aku tunjuk karangan aku kat dia. Melopong dia tengok karangan 3 page hahah.
Maka aku pun membebel kat dia pasal karangan SPM, kena bersedia dari sekarang. Aku ajar dia juga cara buat karangan panjang hehe. Patutkah?
Dia pun baca karangan aku. tengok, siap tunjuk guna jari lagi hha



Tips buat karangan panjang:
1. aku targetkan 1 perenggan buat sampai setengah page. Ada 6 perenggan (1 pendahuluan, 4 isi, 1 penutup) so bolehlah dapat 3 page.
2. ko cakap je apa kau nak cakap untuk FAHAMKAN orang. kau terangkan dengan detail. sedetail-detailnya. (?)
3. kalau ayat tu majmuk, kau jadikan dia 2/lebih AYAT TUNGGAL. ha barulah panjang.
4. tatabahasa semua kena betul. baca dan semak karangan.



Tips ni lah yang aku buat heheh. Kalau orang lain tak tahulah..
ok Assalamualaikum.

Tuesday, 28 June 2016

Selagi boleh mandi, mandilah nakk

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Mandi.

Mandi pun satu nikmat tauu. Yee, kalau awak dapat mandi, nikmat lah tuu. Hehe.

Dulu Nashwa kena pakai cast atau bengkung lepas operation skoliosis tahun lepas. Kena pakai 3 bulan weii. Dalam masa 3 bulan tu tak dapat mandi. Busukk. Rasa tak selesa pakai benda alah tu. Waktu mula-mula jelah, makin lama dah rasa selesa.

Terseksa kott tak dapat mandi lagi-lagi bila kau berpeluh. huhu. Lagi-lagi waktu tu el-nino dah mula.

Waktu pakai tu berapa kali ntah aku tidur mimpi aku mandi shower la, mandi pantai, kolam ha apa lagi? Mandi sungai tak de rasanya. Mengadu la kat Ibu, Ibu kata sabarr.

Aku 'mandi' camne?? Lap-lap leher, tangan, kaki yang nampak je. Waktu mula-mula pakai tu Ibu tolong lapkan :') sebab tangan kanan aku tak kuat lagi nak pegang benda. sebab operate bahagian rusuk belakang bahagian kanan (first stage).


Walaupun tak mandi, rambut boleh pula syampu. Of course la Ibu buat. Mula-mula waktu belum admit ward, cadangnya nak pergi salon rambut hahah, nak syampu sebab tak kanlah dalam masa 3 bulan tu tak syampu langsung?? Pastu idea bernas dari sapa ntah buat lah kat rumah sendiri. Guna kerusi malas and baringkan mangsa yang nak disyampu tu pastu syampu laa.. Haha sama macam kat salon rambut la kan. Orang baring pastu sorang lagi syampu rambut dia kat sinki tu. heh.

Alhamdulillah bulan Mac hari tu dah buka cast. Badan pun ada banyak daki eee.

Balik je rumah terus mandiii. And YESS nikmatnya dapat mandi HEHE. Bila terfikir balik, bersyukur gilaa dapat mandiii. Alhamdulillah!

Yup, dapat mandi nikmat la tu.
Kalau mak suruh mandi, pergi mandi cepat sebab mak kau nak baju yang kau tengah pakai tu nak basuh, mesin basuh tak penuh lagi ehehh. Ibu aku la tuu hehe.

Ada je orang yang malas nak mandi macam abang aku XD.

Tapi mandi jangan membazir air pulak. Baik tak payah mandi :p

Aku terfikir nak buat post ni waktu aku mandi lepas balik sekolah tadi. Sejukk betul air. Pastu baru aku terfikir 'mandi pun nikmat kan'?

eh, merepek ke?
Ok Assalamualaikum :)

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum warahmatullah hiwbarakatuh.
Hello.

 Haih dah lama tak update belog, takde mood takde idea, MALASS! huhuu

Oh hari ni baru hari pertama puasa. Sempat lagi nak ucap SELAMAT BERPUASA semua! Maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa dan terasa hati dengan penulisan saya dalam belog ini.

Jangan tinggal puasa yerk hehe. Perbanyakkan amal ibadah, sedekah, baca al-Quran dll.
Jaga mulut, jaga mata, jaga semua anggota badan.
Jaga hati, jaga iman, jaga amal
Hmm hari ni dah hari Isnin. Tinggal 6 HARI JE nak start sekolah balik. Kerja sekolah banyak tak siap lagi huhu. Pinjam buku kawan nak salin nota sebab Nashwa banyak tertinggal, tak datang sekolah sebab sakitt.. Tambah-tambah kerja sekolah cikgu bagi. And stresss fikir pasal periksa pertengahan tahun hari tu. Terutamanya Add Math :(((. Dah la banyak tertinggal.

haih entry kosong je.
Assalamualaikum!

Sunday, 24 April 2016

Resepi Kek Cawan Gunung Berapi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Mak aii panjangnya nama. Ok dalam bahasa Inggeris; Volcano Cupcake.

Nashwa buat pagi semalam. Tiba-tiba ada mood nak baking so buatlah cupcake ni. Resepi ni Nashwa ambil dari buku ni; Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul.

Ni resepinya :)

Tak nampak? Oklah Nashwa yang rajin tulis balik oke?


Bahan-bahan:

180 g mentega tanpa garam
170 g coklat masakan gelap
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
3 biji telur
**3 biji kuning telur
1/2 cawan cip coklat

**ok tambahan, kalau tak nak letak yang 3 biji kuning telur pun takpe. Hasilnya sama je. Jimaaat.

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Cairkan mentega bersama coklat masakan gelap.
3. Ayak tepung bersama serbuk koko.
4. Pukul telur, kuning telur dan gula kastor sehingga semua SEBATI
5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan coklat cair. Putar/pukul pada kelajuan rendah.
6. Tuang bancuhan ke dalam bekas muffin. Kemudian tabur cip coklat di atasnya.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 C.
***
Masukkan telur, kuning telur dan gula kastor dalam bekas pemukul.

Pukul sampai SEBATI cukup.

Masukkan campuran tepung dan coklat cair.

Pukul sehingga sebati.

Masukkan dalam bekas muffin.

Inilah hasilnya :)
***
Rating daripada keluarga 

Ibu: 9/10
Abah: 7/10
Benyamin: 6/10
Abang: 9/10
***

Ok bye.
Assalamualaikum! 
Dah baca tu cubalah buat ye ;)
Happy baking!

Saturday, 16 April 2016

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Okay Nashwa tahu, dah berlambak resepi spaghetti bolognese kat internet. Tapi ni Nashwa punya version lah. Lain orang lain cara masaknya kann??

Spaghetti ni Nashwa buat untuk lunch tadi. Ada lebih so bolehlah buat untuk makan malam ni. Huhu, yang makan 3 orang je, Ibu, Nashwa and Yamin. Abang tak makan. Abah pulak pergi kerja...

Okk, tak nak bebel panjang, jom buat!
***

Bahan-bahan:

Bawang besar setengah biji- cincang
Bawang putih 1 ulas- cincang
Cili merah setengah batang- cincang
Ayam kisar
Lobak 1 batang- potong dadu
Jagung
Cendawan butang 3-4 biji- hiris
Sos spaghetti 1 tin kecil
Spaghetti 1/3 paket
Air untuk rebus spaghetti
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Rebus spaghetti dalam periuk. Masukkan sedikit minyak dan garam.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam kisar dan kacau sehingga masak.
4. Masukkan lobak, jagung, cili merah dan cendawan butang, kacau.
5. Masukkan sos spaghetti, kacau.
6. Kalau perlu, tambahkan air. Masukkan garam secukup rasa.
7. Kacau dan biarkan menggelegak. Siap!
A video posted by Nur Nashwa Alia Khairudin πŸ’ (@nash19_) on

Inilah hasilnya :)


Nyumm nyumm...

Cuba, jangan tak cuba! :p

***
Rating daripada keluarga 

Ibu: 8/10
Benyamin: 7/10
***

Ok tata.
Assalamualaikum!
Happy cooking!

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Klik banner untuk join!

Tuesday, 5 April 2016

Contoh Teks Pidato Sejarah Tingkatan 1: Perjalanan hidup Tun Perak


Yang dihormati guru Sejarah 1 Cendekia, Puan Mullei Malar dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikumwarahmatullah hitaala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya, Nur Nashwa Alia binti Khairudin, ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Perjalanan Hidup Tun Perak”.

Senjata menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Sumber:
***

Merangsang deria

  • kita ingat 10% apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kia ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipratikkan

Monday, 4 April 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa'


ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :







Shawl chiffon x 2 pemenang

Segmen : "Jom Tambah Followers!"

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Jomlah blogger-blogger sekalian, join segmen ni!!

Klik banner di atas untuk join


5 tips untuk tambah followers:
  • Rajin blogwalking ke blog lain dan tinggalkan jejak kat Cbox/Shoutbox.
  • Follow blog orang lain, kalau orang tu baik hati dia follow balik :)).
  • Buat entry yang menarik, bermanfaat dan berkualiti.
  • Tinggalkan komen kat post entry blogger lain.
  • Kalau dah tinggalkan komen tu, tinggalkan sekali link blog sendiri, nanti owner tu terjah blog korang.
Tu jelah tips yang Nashwa tahu.

Ok bye,
Assalamualaikum!

Monday, 28 March 2016

JJCM: Roti Canai D' Bukit, Bangi

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Yeay, rancangan JJCM lagiii..

Semalam family Nashwa sarapan di Restoran Roti Canai D' Bukit. Yamin sorang je tak ikut. Haihh... waktu pergi Austin Steak House hari tu pun dia tak ikut jugakk.

Kenapa 'bukit'? Sebab restoran ni letak dekat tempat yang tinggi sikit. Restoran ni tepi jalan je.

Ni kali ketiga makan kat sini.

Dalam pukul 8.40 pagi dah sampai sana. Restoran ni dicat warna hijau muda.

Luar restoran...


Ada khemah-khemah jual makanan/buku/surat khabar semua.


Suasana dalam restoran (video)

Sampai-sampai je terus ambil tempat and ambil order. Ramai jugak orang. Alhamdulillah dapatlah tempat duduk. Sebelum ni pergi, nak cari tempat susah gila. Kena tunggu orang sudah sambil berdiri tepi meja dia.

Sementara order sampai, of course lah ambil gambar dulu kann hehe.


Yeayy order dah sampai!

Apa yang kami order ye??

Roti canai 2
Roti telur bawang 2
Nasi lemak biasa 1
Kari kambing sepiring
Kari biasa 4 piring
Teh tarik 2
Teh o sejuk 1
Roti canai bungkus 2 (untuk Yamin)
Teh o ais limau bungkus (untuk Yamin)

Order semua dah sampai, jomlah kita makan yerr.
Roti canai dia sedap! Lembut! Orang kata, roti canai buatan orang Melayu ni memang lembut. Bila makan dengan kari kambing dia, perghh sedap giloss!! Kari paling sedap kari kambinglah enn..

Abang Ibu kena suapkan pulakk.

Kalau nak tambah kuah, PERCUMA!

Total semua RM20.90. 

OK, tamatlah rancangan JJCM kita hari ni...
Assalamualaikum! 

Doakan Nashwa cepat sembuh ye :')  Hari ni Nashwa tak datang sekolah sebab muntah-muntah sebab makan kari kot huhu. Esok tak pastilah datang sekolah ke tak....